Ok jom kita sambung cerita. Bila dah diagnos GDM on diet control aku macam sedih jugak la sebab aku tahu komplikasi nya. Tapi aku tak nak stress nanti baby lagi stress. So aku buat macam biasa je, control makan, banyakkan berjalan, selalu pujuk diri sendiri dan doa banyak-banyak. Doktor kata GDM selalunya akan hilang selepas bersalin tapi ada jugak possibility akan terus dapat kencing manis. Kencing manis ni penyakit yang sangat merbahaya tau. Dari kencing manis la boleh jadi buah pinggang rosak, katarak mata dan macam-macam lagi. So aku takut.
Jadi orang sekeliling kena lah beri semangat dan bantu ibu-ibu hamil ni menjaga diet mereka. BUKAN tambah stress seperti cakap depan-depan muka kau "selalunya GDM ni tak hilang" WEiii babunn! Kurang ajar takde adab mulut longkang sila meninggal. Geram pulak aku. Emosi ibu-ibu hamil ni sensitif jangan dibuat main. ok dah.
*istighfar kejap
Nurse bagitahu aku ibu GDM on diet control ni kalau 40minggu tak bersalin lagi kena induce ye. INDUCE? alamak. Seram pulak aku. Orang kata bersalin induce lagi sakit. Tapi syifaa dulu keluar 2minggu awal, jadi aku bajet kali ni pun bersalin awal jugak lah kot insyaaAllah. Ok.. jangan nervous.. rilek..
EDD aku kalau ikut buku 17 jun 2019, jadi kalau 2 minggu awal macam syifaa boleh jadi 3 jun 2019. Eh, 5-6 jun 2019 tu raya lah. Alamak beranak time raya lagi. Syifaa dulu keluar masa raya ke-5. aduuu.. tak syiok la. Raya nak makan lemang ketupat bukan nak makan ikan bilis sangai lada hitam. Raya nak pakai baju baru tapi.. alaaa..
Hmm.. Takpe lah. Aku redho. Janji selamat semuanya.
2minggu sebelum nak raya aku dah sebak sebab aku bagitahu mama aku (tahun ni giliran raya belah aku) tak jadi balik sebab dah menunggu hari takut terberanak dalam kereta kang susah.. antara Perak dengan Penang pulak tu.. jenuh ic nak bubuh nombor berapa n takkan dalam surat beranak anak aku nak isi "Dalam kereta abi saya" di ruang Tempat Kelahiran. Jadi takpe lah tak balik raya. Aku minta mama abah datang beraya dekat rumah aku tapi mama kata tengok lah nanti macam mana. Lagi la aku sedih. Lepastu fikirkan suami and anak aku pagi raya nanti kami bertiga je, juadah raya apa aku nak buat nak hidang, larat ke aku.. WAAA! lagi la sedih. Masa fikirkan ni memang aku dah menangis-nangis dah fikir takde suasana raya untuk suami and anak aku tahun ni sebab aku. Setiap kali lepas solat aku doa, nangis-nangis aku doa semoga suami and anak aku dapat beraya macam orang lain tahun ni.
Alhamdulillah..Allah makbul kan doa aku. Mama abah datang jugak beraya kat rumah aku. Mereka datang seminggu awal dengan bawak segala kuali periuk besen barang basah sebab nak masak kat rumah aku. Yelah rumah aku ade satu je periuk besar(pada aku lah..haha). Aku bersyukur sangat dapat ibu bapa yang memahami. Lega aku boleh beranak dengan tenang. Bayangkan macam-macam aku fikir dalam kepala otak aku disamping fikir suami dan anak aku tak dapat beraya macam orang lain. Kalau aku sakit nak bersalin tengah malam siapa nak jaga Syifaa? Pengasuh Syifaa kata kalau dia ada hantar je kat dia tapi kalau dia dah balik kampung? Suami aku tak boleh teman dalam labour room la sebab kena jaga Syifaa? Stress tau.
Raya pun tiba. Aku takda tanda-tanda nak bersalin lagi. Jadi enjoy makan dulu. Dah hujung-hujung ni makan je..hehe
Terima kasih mama abah (maaf lah rumah tak berapa nak siap)
Alhamdulillah dapat beraya dengan famili
my brothers pun ada
And sebab mama is anak kedua dalam adik beradik dia (consider eldest jugak) jadi ramai adik beradik mama (which is mak cik and pak cik aku) datang beraya rumah aku. And my cousins too. Alhamdulillah..
Terima kasih datang rumah kita yang tak berapa nak siap ni
Ini baru separuh dari semua sedara belah mama
Yup. Memang ramai. Mostly duduk dekat Ipoh jugak. Lepastu raya kedua keluarga mertua pulak datang rumah dengan semua pakcik makcik. Mak n ayah mertua aku sangat memahami, dia tahu ramai nak ikut datang rumah aku jadi dia masak siap-siap and bawak datang makan di rumah aku. Alhamdulillah..syukur.. (p/s: mak mertua aku katerer so dia biasa masak banyak-banyak and dia masak sedap)
Terima kasih semua sebab sudi datang
Alhamdulillah..
Keluarga belah suami aku pun ramai. Adik beradik dia je 7 orang, dia anak ke kedua. Belum campur mak sedara pak sedara and sepupu-sepupu semua. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. the power of doa. Memang Allah makbulkan doa aku supaya suami and anak aku dapat merasa suasana raya macam orang lain bukan raya kami bertiga je seperti yang aku fikir sebelum ni.
Aku? Sampai raya ke-10 pun aku belum bersalin lagi. hahaha. Enjoy sangat makan sampai baby taknak keluar. Akhirnya aku pergi serah diri dekat hospital masa tarikh EDD aku 17 jun 2019.