Monday, December 23, 2019

PENGASUH ATAU TASKA?

Assalamualaikum

Pengasuh atau taska ialah satu isu yang amat merunsingkan buat ibu-ibu yang bekerja macam aku ni. Ofkos lah kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi definisi terbaik itu sendiri sangat subjektif kerana setiap family ada cerita masing-masing. Perlulah ikut kemampuan ibu bapa, kemudahan yang disediakan dan keserasian anak. Jadi marilah kita berhenti menghakimi (baca : judging) ibu bapa yang hantar anak ke taska atau pengasuh yang tidak menepati cita rasa/pendapat kita. #tiber

Hantar kepada parent?

Terpulanglah. Ini pun aku taknak judge sebab aku tak tahu cerita korang. Tapi aku ada pendapat sendiri about this. Kalau parents korang mampu dan memang wiling nak jaga (sayang cucu kan..) takde masalah. Tapi.....kalau yang ambil kesempatan minta parent jaga sebab parent duduk rumah takde buat ape or korang memang duduk sekali dengan parent aku tak berapa setuju lah. Lagi-lagi yang mengelat suruh mak tu buat segala-galanya even bila kau dah balik kerja pun. Alasan penat kerja nak berehat. "Hoii! ko pergi terjun gaung sekarang.. anak derhaka". Ko ingat mak ko jaga anak ko yang buas tu tak guna tenaga? Tak penat? #$@$#!@$@!!!

Ibu bapa kita kan dah tua. Masa muda mereka telah pun digunakan untuk menjaga kita adik beradik, bekerja cari duit untuk bagi korang tu makan and sekolah. Jadi bila mereka dah tua, bagi lah peluang untuk mereka berehat dan BERIBADAH. Point yang last tu sangat penting. Sebab masa mereka tak lama dah atas dunia ni, bagi lah mereka kumpul amalan untuk mereka pulak. Bukan basuh berak buat susu anak ko sementara ko merewang pegi tengok wayang main bowling lupa tanggungjawab. Aishhh... 

Aku and suami memang takde masalah, sebab both parent aku dan parent suami aku awal-awal dah cakap "Nanti kami tak nak jaga cucu ye". hahaha. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Sebab boleh jadi gaduh jugak kalau dedua belah berebut nak jaga cucu. 😌 

Jadi lepas habis pantang aku and suami pun bersepakat nak hantar kat pengasuh. Actually masa mengandung lagi aku dah risik-risik kat kawan-kawan kalau ada tahu pengasuh yang elok. 

Kenapa tak nak hantar kat taska?
Ok. Ini pendapat aku ye. Mohon baca dengan hati yang terbuka sebab tak semua taska macam ni. Pada aku taska tak sesuai untuk baby bawah setahun. Sebab dekat taska ramai budak-budak dan mungkin penjaga tak berapa ramai. Baby bawah setahun perlukan perhatian lebih. Kena pantau selalu even masa dia tidur. Aku ni produk taska masa kecik dulu, jadi aku tahu dan aku masih ingat macam mana penjaga aku dulu jaga baby kat taska. Mereka akan biarkan je walaupun baby menangis lama dengan alasan "Taknak nanti dia terbiasa kena pegang". Macam aku cakap baby bawah setahun memang kena bagi attention lebih. Lagi-lagi yang baru 2-3 bulan tu (ye lah ada yang start hantar umur 2-3bulan sebab cuti bersalin tak lama). Bayangkan baby baru 2 bulan umur dia dekat dunia ni, yang tak tahu apa-apa, yang hanya kenal bau mak dia, yang baru nak adapt dengan dunia ni kena layan macam tu..? kesian tau. Jadi aku and suami sepakat taknak hantar taska. Carilah pengasuh walaupun kena bayar lebih sikit. 

Hantar anak pada pengasuh ni takde lah bagus sangat. Ade pros and cons dia. Dah banyak kan kita baca tragedi yang berlaku semasa anak di rumah pengasuh..Nauzubillah. Minta dijauh kan semua tu. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita. Tips dia kena selalu pantau dan berbuat baik lah dengan pengasuh tu. Anggap dia macam family. Buat sehabis baik untuk tidak susahkan dia. Ingat dia jaga anak kita..harta dunia akhirat kita yang paling berharga. InsyaaAllah buat baik akan dibalas baik. Doa dan tawakkal. Doa supaya Allah lembutkan hati dan banyakkan rasa sabar pengasuh semasa jaga anak kita. Dan juga sentiasa ada rasa ragu-ragu dan jangan beri sepenuh kepercayaan. Walaupun nampak bercanggah (yelah tadi kata anggap macam family tapi kenapa nak rasa ragu-ragu pulak..) tapi ada baiknya kalau kita sentiasa berhati-hati. Percaya naluri seorang ibu tu. Itu memang satu anugerah yang Allah kurniakan kepada semua ibu-ibu. Naluri ibu. Takda sapa boleh lawan. 

Aku sendiri pernah ada kisah yang buruk dengan pengasuh pertama anak aku. Nantilah aku cerita dekat entry lain. 

Pengasuh yang sekarang ni alhamdulillah elok dia jaga anak-anak aku. Walaupun aku tahu kadang-kadang dia cakap tak serupa bikin.Kadang-kadang dia cakap belakang aku. Kadang-kadang di biarkan anak aku pakai baju tidur sampai tengahari, tengahari baru mandi sekali pakej mandi petang. Kadang-kadang macam tak bagi anak aku makan yang cukup sebab bila mama ambil dari rumah pengasuh mesti dia cakap dia lapar. Kadang-kadang balik dari rumah pengasuh aku tengok pampers anak aku penuh sampai macam nak bocor dah "aik..pukul berapa dia bagi anak aku mandi petang ni?" Sebab aku bukan ambil lewat sangat pun. 530 atau paling lewat 545 aku dah ambil dah. Tapi anak aku happy duduk dengan dia. Anak aku ada ramai kawan dekat 'rumah umi' dia kata. Dia sayang anak aku. Dan dia tak berkira. Jadi aku tutup sebelah mata je lah. Doa banyak-banyak Allah pelihara anak-anak aku. 

Macam mana aku tahu ni? Aku banyak sembang dengan pengasuh. Bila banyak bertanya and sembang-sembang, dia bukak cerita parents itu, parent ini (ye pengasuh aku jaga ramai budak, tapi dia mengasuh berdua dengan mak dia). Dia bukak cerita ada parent penah buat macam-macam dekat dia, marah-marah kata dia tak jaga anak diorang elok. Aku jadi kesian dekat dia. Aku banyak sembang dengan mak dia. Lebih kurang baya mak aku kot makcik tu. Kesian dah berumur tapi masih kena kerja jaga budak. Ingat senang jaga budak ni? Kita jaga anak sendiri pun kadang-kadang naik hantu. 

Akak pengasuh tu dengan mak dia duduk sendiri je (Suami masing-masing aku tak tahu and aku tak pernah tanya pun). Akak tu ada anak sorang and mereka jaga sorang lagi cucu umur 2 tahun (anak adik akak tu). Kalau baby memang makcik tu yang jaga bagi mandi sapu minyak urut perut semua tapi kalau dah umur 2-3 tahun tu akak tu jaga. Mak aku cakap elok juga ada orang tua dalam rumah sebab orang tua ni lagi banyak pengalaman. Makcik ni memang tak berkira. Dia pernah cite kat aku yang ade parents ni hantar anak diorang yang kuat menangis (sawan tangis orang kata..) dia jaga jugak. Ade pulak parents ni hantar anak yang taknak susu guna botol (mak dia akan datang susukan dekat rumah sebab tempat kerja dekat je) pun dia jaga jugak. Aku tanya kalau mak dia lambat macam mana? Budak-budak ni kalau nak susu bukan boleh tunggu. Dia kata pujuk je la dulu baby tu. Tunggu je la. Aduuu..

Kesimpulannya.. pengasuh or taska ade buruk dan baik nya. Ikut lah kesesuaian kita dan anak. Ada orang nak pengasuh tu jaga anak dia sorang je. Ada orang tak kisah sebab ada la kawan anak dia nak main nanti. Kalau yang jaga sorang tu asyik bagi tengok tv je takde two-way communication susah jugak .Nanti anak lambat bercakap. Sama jugak kepada atuk nenek yang jaga cucu tu, ada two-way communication tak or biar je budak tu main sorang-sorang?. Ada juga yang jumpa taska yang memang elok jaga baby. Pengusaha taska tu memang had kan seorang pekerja jaga 2-3 orang baby sahaja. Jadi dapat beri perhatian lebih kepada baby. 

Kalau ada bajet lebih ambil lah helper or nanny (orang dulu panggil bibik..sekarang dah modern). Tapi same things apply. Kena pantau. Cuma helper ni kita boleh train dia jaga anak kita ikut macam mana kita nak. In the end, ibu bapa kena ambil bahagian juga. Jangan mudah lepas tangan sebab dah ada helper..sebab mak dah tolong jaga anak. Helloooo tu anak kau okeee.. dah tahu buat anak kena la pandai jaga. ishh..penat aku nak sekolahkan orang macam ni. 

Kalau semua pun tak kena.. berhentilah kerja jaga anak sendiri. Which in my case aku tak mampu. Tak mampu dari segi kewangan dan mental. I need to work in order for me to be a good mom.

ok.bye

No comments:

Post a Comment

ODEN SIMPLE

 Assalamualaikum.. Entri kali ni nak share resepi oden paling simple, mudah, pantas dan sedap. haa gittew.. Simple sebab guna 6 bahan utama ...