Next month birthday suami aku. Jadi bulan ni aku tanya dia siap-siap nak hadiah ape. Haha. Kami memang jenis yang tanya nak hadiah apa, bukan jenis yang suka kejutan-kejutan ni. Kami lebih kepada praktikaliti..gittew. Contoh la kalau aku belikan dia baju untuk hadiah hari jadi, saiz no problem boleh agak-agak or curi baju dia selai buat contoh, tapi belum tentu dia suka. And i know he can be veryyyyy picky (sampai menyampah..haha). So daripada aku beli benda yang dia tak guna, baik aku tanya dia siap-siap dia nak apa.
Kenapa tak buat surprise? Biar lah dia tak pakai pun it's the thought that counts. Memanglah tapi apa salahnya beli barang yang perlu buat masa tu. Mungkin masa tu dia perlukan kasut baru. Jadi biarlah dia pilih mana dia nak. Kita belanja. Dua-dua puas hati. Win-win situation kan.
Dan kami juga bukan jenis yang mesti nak celebrate dengan kek or belon or bunga then ambil gambar and post. Ntah. memang bukan jenis macam tu. Mula-mula dulu aku jelous jugak tengok orang dok celebrate birthday sana sini. Buat event bagai. BBQ la ada game la. Tapi lama-lama aku selesa macam ni. Sebab aku sendiri bukan jenis yang suka kejutan. Paling grand pon sambut dengan famili je itu pun selalunya sebab kebetulan dah berkumpul. Buat makan-makan simple. Bukan nya dah set dalam group whatsap "okay tarikh sekian-sekian kami nak sambut birthday bla bla bla semua di jemput hadir". Nope. Anniversary kami pun tak celebrate. Cukup sekadar kami tahu dan selalunya anniversary kami bawa anak-anak pegi bercuti. Tu je.
Masa bercintun dulu aku pernah belikan dia baju Polo Shirt. As i said, saiz boleh agak and kalau tak ok boleh tukar. Aku pernah nampak dia pakai sekali ke dua kali je. First time nampak dia pakai masa tu dekat kenduri kawan kitorang. Aku ingat dia suka la. Lepastu baru perasan warna baju tu sama dengan alas meja and tirai khemah. LOL
Lepas tu aku tak nampak dah dia pakai baju tu.
Dah kawen baru dia bagitahu sebenarnya dia tak suka baju macam tu. "What? u tak suka baju berkolar?". I was furious sebab sampai bila nak pakai baju round neck. Kena la belajar berpakaian sejajar dengan usia (kan dah keluar vocab da bomb).
"Bukan tak suka baju berkolar. Tapi tak suka baju yang kaler macam tu". Dia terang kan. Lepas tu aku ajak dia pegi shopping..nak tengok dia suka stail macam mana. Jenuh la aku suggest yang itu yang ini (yang pada aku cantik di mata, kemas dan helokk) satu pun dia tak suka. Stress weh shopping dengan dia. Aku sampai fed up nak bagi cadangan. Rupanya dia suka Polo Shirt yang simple je. Tak suka ada corak besar-besar or kaler-kaler yang berbagai. Logo tu pun dia suka yang kecik cinonet je yang besar-besar dia taknak. Aduu..
Tu belum cerita kalau beli seluar or kasut lagi. MasyaaAllah..
Tahun lepas dia minta cordless vacumm untuk hadiah birthday dia. Aku speechless.haha. Aku tanya kenapa nak vacumm? Dia kata saja, baju kasut seluar jam semua dah ada. And dia tak rasa macam nak tukar handphone lagi. Kebetulan vacumm rumah kami rosak and aku memang tengah usha-usha vacumm tapi takde la sampai nak belikan dia hadiah hari jadi vacumm. Dia kata alang-alang dah nak belikan something tu beli la yang berguna. Tak nak membazir. (woahhh..my baby has grown up *wipetears)
Guess what dia minta tahun ni?
Yup. Dia minta water jet.
Whatt? i cannot brain this guy. Aku tanya kenapa nak water jet? Guna ke water jet? Nak buat ape? Berbaloi ke beli kalau nak pakai sekali dua je? (Soalan bertalu-talu jadi sila baca laju-laju)
Dia jawab senang nak cuci porch, cuci bilik air, basuh kereta. Well, aku jawab takde water jet pun u tak buat. Sebulan sekali pun ikut mood. Kadang-kadang tu 2-3 bulan sekali baru cuci itu pun lepas dah licin berlumut. "Kena ada water jet la baru rajin sikit mencuci..hehe".
Amboii jawapan dia.
"Sure ke kalau beli rajin mencuci?". "Bolehhh.."
Hmm.. kalau dah nak tu memang nak jugak. Tengok la macam mana nak belikan ke tak.
p/s: Hadiah hari jadi aku tahun depan aku mintak basikal.
*nak basikal yang ada carrier macam ni. senang nak bawak anak pegi breakfast roti canai pepagi.
*atau yang macam ni pon boleh. hehe
Ok.bye
No comments:
Post a Comment