Wednesday, December 30, 2020

Review Buku Ustazah Asma Harun

 Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. post kali nak review buku Ustazah Asma Harun haritu ada beli dari shopee. Murah je buku nya tak sampai Rm 100 dapat 4 buah buku. Buku-bukunya tak tebal, kurang daripada 200 mukasurat dan isi kandungan setiap buku pun sangat simple, tepat dan padat. Sesuai untuk light reading.

beli dekat kedai shopee yang ni. dapat free yassin. seller pun baik.

Mari kita ulas buku yang first yang baru habis baca (yer baru sempat habiskan satu buku..hehe)

buku yang ni..

First page dia ada letak 1 gambar rajah perjalanan atau kembara kita sebagai hamba Allah. Hence the title is Kembara Menuju Allah. 

tersentap hati tengok ni.

Serious. Tersentap hati sis bila tengok ni. Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh. Belum sampai separuh perjalanan pun lagi. Istighfar lelaju.

Ustazah Asma ada terangkan, sebelum kita masuk ke alam dunia (yang kita berada sekarang ni), kita berada di alam rahim di mana setiap rezeki, jodoh dan kematian telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Segalanya telah ditetapkan sebagai bekalan kita ke alam dunia sebagai hamba Allah s.w.t. Jadi kenapa kita terlalu sibuk dan lalai dengan urusan dunia? sedangkan segalanya telah ditetapkan.

Tetapi..

Apa yang kita lakukan di dunia ini lah yang menentukan hala tuju kita ke alam seterusnya nanti. 

Sentap kejap.

Kita hanya ada satu peluang untuk mengumpulkan sebanyak mana bekalan untuk perjalanan kita yang masih jauh. Iaitu di semasa berada di alam dunia.


"Kembara kita di dunia ini adalah kesinambungan antara perjalanan yang mana kita sebelum ini tidak mampu membuat apa-apa keputusan sewaktu berada di alam roh dan alam rahim"

"Kemudiannya selepas ini kita beralih ke perjalanan yang menjadi ruang pembalasan atas apa yang kita lakukan iaitu melalui alam barzakh, alam mahsyar, dan alam akhirat"

Ya. Pada masa itu kita tak mampu untuk membuat apa-apa lagi.

"Apa yang berlaku kepada kita SEBELUM kita melangkah ke alam dunia ini sepenuhnya atas RAHMAT ALLAH S.W.T. Manakala, apa yang akan berlaku SELEPAS kita meninggalkan alam dunia ini pula sepenuhnya BERGANTUNG KEPADA APA YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA INI"

Ini petikan yang sis paling suka dan memberi kesan kepada hati sis..

Jadi, jangan sia-sia kan hidup kita atas dunia ini. Apa yang kita lakukan didunia ini sangat penting bagi memastikan penghujung perjalanan kita. Tanya diri sendiri "apa sebenarnya kita nak dalam hidup ni? apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ni?"

Fikir- fikirkan..



akan bersambung..






No comments:

Post a Comment

ODEN SIMPLE

 Assalamualaikum.. Entri kali ni nak share resepi oden paling simple, mudah, pantas dan sedap. haa gittew.. Simple sebab guna 6 bahan utama ...