Friday, December 20, 2019

My First Born - 2

Assalamualaikum..

ok. mari kita sambung cerita..

Syifaa was born on 10 Julai 2016. Ahad. 1.05pm. Via SVD dengan berat 3.1kg. Tak silap aku masa tu raya ke-5. Iyelah masa tu orang dok panggil baby Syawalina. lol. Nasib baik tak lekat nama tu. 

Kronologi..

Raya ke-3: mama balik kampung maktok dekat Teluk Intan. Tengah syok makan tiba-tiba nak pegi toilet (biasalah tu pundi kencing kena tekan dengan baby). Lepastu nampak ade lendir hijau. Terus bagitau maktok. Maktok suruh pegi hospital tapi dah plan nak pegi ambik gambar family kt studio. Jadi pegilah studio dulu ambik gambar (sempat.. haha) baru pegi hospital.

Pegi Hospital Teluk Intan(HTI) bagitau kat labour room kata dah keluar 'show'. Lendir hijau bersama darah atau tidak dipanggil 'show'. Jadi kena admit la kejap. Pasang branula and doktor kata "Lepas ni kita check jalan ye puan, nak tengok dah buka ke belum". Dalam hati dah berdebar-debar dah takut kena bersalin di HTI. FYI, i was born here too. In HTI. Hahaha. Lepas check jalan doktor kata "Jalan baru buka 1cm la puan. Balik dulu ye. Nanti kalau ade kontraksi baru datang semula"

Syukur. 
Lepas tu terus balik Ipoh.

Raya ke-4: Bangun pagi macam biasa. Sakit contraction tak kuat sangat and tak kerap. Jadi tunggu dulu la. Bagitau suami "Petang la baru kita pegi labour room. Tapi before tu saya nak pegi Aeon dulu boleh? Teringin nak makan mee sizzling dekat foodcourt". Dia ok je. Tapi nampak dia lagi nervous dari kita. haha. Lepas makan, round- round kejap dekat ground floor Aeon tu, saje nak bagi jalan bukak lagi. hehe. "Ok dah, jom kita pegi. Bismillah"

Pegi labour room HRPB. Doktor check buku pink. "Puan tolong masuk dalam, buka seluar dan pakai kain pink ni ya. Kita nak check bukaan jalan". Maybe sebab dia tengok rekod dekat buku pink tu tulis dah buka 1cm semalam. 
Ok, dia check. "Hmm..macam baru 2cm". Hahh? Baru 2cm? Dah lebih 24jam kot daripada bukaan 1cm semalam. Bukaan tambah 1cm je? Aku dah cuak.

Dia panggil doktor lain. Doktor yang lagi senior kot minta double check. Ok, dia seluk. "Hmm..2cm. But i think almost 3cm". Lepas dia kata almost 3cm tu, dia seluk dalam lagi. "Aaaa...doktor sakit..sakit..sakitt". "Sabar ye puan, tahan sikit ye" sambil tu dia seluk dalam lagi. Aku menangis kat situ jugak. Sakitnye ya Rabbi. "Ok, now 3cm plus. Boleh tolak pegi ward". Doktor tu cakap sambil buka glove tangan dia yang berlumuran darah. 

Sambung next entry lah..

*gambar ihsan dari google
ok,bye

No comments:

Post a Comment

ODEN SIMPLE

 Assalamualaikum.. Entri kali ni nak share resepi oden paling simple, mudah, pantas dan sedap. haa gittew.. Simple sebab guna 6 bahan utama ...