Cukup 3 bulan cuti bersalin aku pun hantar lah Syifaa pegi pengasuh. Actually dah start hantar awal lagi. Seminggu awal nak bagi pengasuh biasa dulu dengan ragam Syifaa. Half day je sebab mama rindu. Haha. Anak first kan biasalah. Masuk anak kedua hantar terus full day mama nak enjoy me time sekejap or kemas rumah. Haa.. gittew..
Pengasuh tu aku jumpa melalui kawan kepada kawan. Rumah dia bersih, perabot kurang boleh kata takde lansung. Dekat ruang tamu dia sofa and coffee table pun takde. Ade buai budak je dengan tv. Aku suka. Sebab memang sesuai la untuk budak kecik. Nanti dah start merangkak memanjat takut jatuh pulak. Pengasuh tu aku panggil Kak A (bukan nama sebenar).
Kak A ni ambil Rm350/sebulan untuk baby 2-3 bulan sampai umur 2 tahun. Standard lah harga ni. Aku ok je sebab aku pun dah study sikit bab pengasuh ni. Anak aku memang aku ajar tidur buai. Sebab dia jenis light sleeper. Bunyi sikit je dia jaga. So bila dia tidur buai tu boleh lena lama sikit and mama boleh buat kerja. Lagi satu sebab aku taknak dia susahkan pengasuh nanti. Kalau kita pun stress anak asyik terjaga je sampai tak boleh buat kerja apa, ni kan pulak pengasuh. Aku taknak nanti dia pukul ke cubit ke anak aku. Jadi takpelah, mama korbankan hasrat 'taknak ajar anak tidur buai' mama. Takpelah mama abi susah sikit bila berjalan or balik kampung kena angkut buai dia merata. Tapi aku ajar anak aku siang je tidur buai. Malam tidur bawah je macam biasa. So kalau tidur hotel tu takde masalah pun.
Kak A ni jaga dalam 2-3 orang budak jugak. Yang kerja syif or weekend pun dia ambil. Kak A ni memang jaga anak aku elok. Dia sayang Syifaa. Dia ada anak jugak 2 orang, perempuan umur 4 tahun and 2 tahun. Diorang pun sayang Syifaa. Aku bersyukur sangat dipermudahkan urusan dengan pengasuh. Kak A ni kata dia pengasuh yang berdaftar. Ade sijil, kena pegi kelas. Syifaa pun dia sediakan buku harian dia guna untuk catat semua aktiviti harian termasuk suhu badan semasa hantar dan ambil, susu berapa kali, main apa, makan berapa kali dan macam-macam lagi la. Tiap-tiap jumaat dia bagi aku buku tu untuk semak. Aku macam woww culture shock sikit. Haha. Tapi takpe benda baik aku ikut je. Masa Syifaa kena warded sebab bronchiolitis pun dia datang melawat bawa bubur nasi. Dia kata kesian Syifaa suka makan. Bila warded mama mana sempat masak, makan bubur hospital je jadi dia masakkan untuk Syifaa. Suami dia pun sayang dekat Syifaa. Diorang layan Syifaa macam anak sendiri.
Sampai satu hari.. masa suami aku hantar Syifaa pagi-pagi sebelum pegi kerja (memang suami aku hantar sebab rumah pengasuh on the way dia pegi kerja), dia tengok kereta takde kat depan rumah. Moto pun takde. Dia bagi salam and ketuk pintu rumah (sliding door). Takde orang jawab. Lepastu dia tengok pintu sliding tu tak kunci, dia tolak tepi untuk bukak. Dia nampak ade dua orang budak (umur dalam lingkungan 2-3 tahun) dalam rumah dengan tv yang tengah pasang cerita kartun. Budak-budak tu tercengang tengok dia. Suami aku kenal budak-budak tu. Dua-dua tu anak asuh Kak A. Tapi budak-budak tu tinggal berdua je takde orang dewasa. Suami aku dah tak sedap hati. Takkan dia nak tinggal kan Syifaa macam tu je. FYI, Syifaa anak asuh Kak A yang paling kecik. Tak lama lepas tu suami Kak A balik naik motor bawak anak dia yang kecik. Suami aku pelik "Aikk..takkan dia keluar rumah tinggal kan budak-budak ni macam tu saje?"
Masa suami aku cite kat aku pun aku terbeliak mata tak percaya dia boleh tinggal kan budak-budak tu kat rumah macam tu tanpa pengawasan orang dewasa. Ok, ini satu..
Yang kedua..
Selang beberapa hari lepastu.. aku balik kerja pergi ambil Syifaa kt rumah pengasuh. Memang aku ambil petang-petang sebab suami aku balik kerja lambat. Kesian kat anak tunggu. Jadi walaupun jauh sikit aku kena patah balik ambil Syifaa aku ambil jugak. Hujan lebat. Bila sampai aku parking dekat depan rumah Kak A, aku bukak payung masuk pagar dia nak ambil Syifaa. Aku bagi salam and bukak je pintu sliding tu, aku nampak suami Kak A tengah MEROKOK dalam rumah. DEPAN ANAK-ANAK.
Luluh hati aku. 😞
Masa awal-awal dulu aku dah cakap aku tak nak anak aku kena asap rokok. Itu syarat aku. Dia kata suami dia merokok kat luar je selalunya.
Tapi ni ape?? Muka aku dah masam mencuka dah masa tu. ðŸ˜
Lepastu aku toleh tepi.. aku nampak ade seorang lagi lelaki dalam rumah tu tengah MEROKOK jugak. Weyyy!! Wadehellll ðŸ˜
Tak cukup kau seorang merokok dalam rumah kau boleh bawak kawan pulak. Dalam rumah tu ade budak-budak kecik semua umur 1-4 tahun. Aku tahan air mata. Aku terus dukung Syifaa and ambil beg dia. Aku tak senyum pun kat diorang, cakap terima kasih pun tak. Masuk je kereta aku letak Syifaa dalam carseat dia and aku start enjin terus jalan.
Kereta aku bau asap rokok. Anak aku bau asap rokok dari rambut sampai kaki dia. Beg dia pun bau asap rokok. Aku dah tak boleh tahan dah, aku menangis. Aku berhenti kereta dekat bahu jalan, aku nangis kuat-kuat. Aku tengok anak aku yang tak reti ape tu. Kesiannye dia..
"Mama minta maaf Syifaa sebab hantar Syifaa dekat pengasuh tahi macam tu".
Aku terus call suami aku. Aku nangis lagi teruk bila cerita kat dia. Hujan kat luar masih lebat lagi. Suami aku suruh aku bertenang. Dia tanya aku boleh drive lagi tak ni? kalau tak boleh tunggu dia datang ambil. Aku kata aku boleh drive lagi tapi aku sedih, aku marah, aku kecewa.
Sampai rumah aku terus mandikan anak aku. Aku cuci semua dari rambut sampai kaki. Aku tak habis-habis minta maaf dekat anak aku. Suami aku balik je aku nangis balik dekat dia. Aku sedih sangat. Syifaa ni dah dua kali masuk ward sebab paru-paru dia. Dia senang kena jangkitan paru-paru. Sedih bila tengok dia kena tepuk physio nak buang kahak tu, sedut kahak dengan tube, kena neb, kena cucuk branula. Semua ni Kak A and suami dia tahu. Tapi kenapa diorang buat macam ni dekat Syifaa? Allah..
Memang itu hari terakhir aku hantar Syifaa dekat Kak A. Esok nya aku bawak Syifaa pegi tempat kerja aku and petang aku ambil off. Then aku ambil cuti 2 hari. Kelam kabut aku cari pengasuh lain weekend tu. Aku cakap dekat Kak A taknak hantar Syifaa dah sebab nak hantar dekat taska yang lagi dekat dengan rumah. Aku inform duit asuh bulan tu aku akan bayar full jugak tapi minta dia tunggu hari gaji. Kak A tanya kenapa? dia ade buat salah ke? Mulut aku ringan je nak bagitahu sebab ape.
"SEBAB LAKI KAU YANG TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI KORANG"
Tapi mak aku kata "Jangan la cakap. Selama ni dia jaga Syifaa elok and kita pun dah buat macam sedara".
"Tapi ma diorang kena tahu sebab ape, nanti anak asuh lain macam mana?".
"Toksah la, kang depa gaduh laki bini kang susah pulak".
Aku diam kan aje. Aku ikut cakap mak aku takyah bagitahu. Tapi aku tak bagi diorang jumpa Syifaa for the last time. Diorang nak jumpa, nak bye-bye tapi aku bagi alasan macam-macam. Masa bayar duit asuh yang last and pegi ambil barang-barang Syifaa pun suami aku pegi seorang je.
Kejadian ni berlaku masa tahun 2017 tapi sampai sekarang tiap kali aku ingat mesti aku sebak and aku nangis (even masa menaip ni pun). Apa salah anak aku sampai kau buat macam tu. Kalau anak aku ade susahkan kau, bagitahu aku.. jangan la racun dia dengan asap rokok yang boleh membunuh tu.😢
Again.. Syifaa, mama minta maaf ye sayang. 😢
No comments:
Post a Comment