Tuesday, December 31, 2019

KELAHIRAN ANAK KEDUA

Assalamualaikum..

Sempena 2019 yang bakal berakhir beberapa jam lagi.. aku nak cerita kenapa 2019 sangat bermakna buat aku. Ofcourse lah sebab kelahiran anak kedua aku. Muhammad Saif Bin Muhammad Shamil. Nak cerita pasal rezeki tu memang besar sangat Allah dah bagi pada aku. Bermula dengan aku dapat tukar tempat kerja pada hujung 2018. Selama ni aku berulang dari rumah dengan tempat kerja aku..jauh jugak..40-45minit drive hari-hari, ikut jalan kampung, selama 2tahun lebih. Stress kerja dengan kena drive jauh lagi sampai aku pernah keguguran (kandungan 8minggu) sebelum mengandungkan Saif. Then aku minta minta dengan bos nak tukar tempat kerja. Alhamdulillah dapat. Dekat sikit dengan rumah, 15-20minit macam tu. Sebulan selepas aku masuk tempat kerja baru, aku mengandung. Alhamdulillah. Memang rezeki.. sebab lepas aku keguguran tu aku cakap kat suami nak rehat dulu lah baru mengandung lagi..tuptup dah lekat. Syukur..

Perjalanan aku mengandung anak kedua ni lain dengan yang pertama dulu. Aku morning sickness lamaa..sampai usia kandungan 4bulan lebih. Tapi berat badan aku naik mendadak sangat, pernah naik 5kg dalam masa 6minggu (like whatt?). Kann? macam mana boleh mual-mual and muntah-muntah at the same time berat badan naik?. Aku pun takde jawapan untuk soalan itu. Morning sickness aku sama je macam masa mengandungkan Syifaa dulu, tak boleh bau sabun, perfume, minyak rambut dan macam-macam lagilah yang berbau. Mangsa utama dia suami aku la. Aku bagitahu dia jangan pakai perfume, minyak rambut, deodorant depan aku.. pakai dalam kereta. Lepas mandi jangan lalu depan aku or duduk depan kipas.. kalau tak aku merajuk (yelah siapa tahan kalau asyik muntah je..penat tau).Suami aku ikut je. Dia seorang yang sangat penyabar.

Masuk penghujung trimester kedua aku dah ok sikit dah. Takde mual-mual sangat dah. Tapi cabaran lain pulak. Aku craving teruk. Paling aku tak boleh lupa, aku craving Nasi Ganja. Wehhhh..aku ni bukan jenis pemakan nasi kandar kot. Seumur hidup aku pernah makan nasi kandar sekali dua je. Tapi bila mengandung ni tekak tu rasa nak telan nasi ganja selang sehari. Pantang nampak iklan or lalu depan kedai or tengok orang post kat instagram/fb or siapa-siapa mention nasi ganja mesti aku nak makan tahap boleh menangis kalau tak dapat. Tak tahu kenapa. Sampai aku fikir aku kena mandrem(jampi) dah dengan anney tu. lol. Suami aku memang syok ah dia sebab ade geng makan. Dia memang suke nasi ganja. 


Inilah rupe nasi ganja tu. Dulu bila tengok gambar macam ni mengeletar perut mintak isi. Sekarang tidak lagi.. hehe 
*gamba dari FB Nasi Ganja Yong Suan

Ni nama kedai dia. Halal insyaaAllah dont worry. Kedai kopi Yong Suan tu jual air je untuk customer yang datang makan situ. 
*gambar dari FB Nasi Ganja Yong Suan

Lepastu aku dok craving aiskrim coklat. Gila-gila punya craving macam everytime habis makan aku mesti nak aiskrim coklat. Tapi aku tahan je nafsu sebab nak jaga berat badan. Aku tahu kalau aku cakap or minta kat suami aku dia mesti cari. Aku pulak kalau dah orang bagi takkan nak tolak kan. So aku diam je (tu pasal lah kot anak aku dok meleleh je air liur dia..haha).

Tapi berat badan aku naik jugak.. hmm.. 

Sampai result darah aku keluar (lepas minum air gula untuk kali kedua), gula dalam darah tinggi, 8.8, which is paras normal is bawah 8. Jadi doktor diagnos aku ada GDM (Gestational Diabetis Mellitus) on diet control atau nama lain dia kencing manis semasa hamil. Doktor tak start kan aku dengan ubat sebab paras gula aku lebih sikit je dari normal jadi dia minta aku cuba diet control dulu kalau tak boleh control nanti baru start ubat. Well, aku tak terkejut pun sebab masa mengandung syifaa dulu pun aku kena GDM cuma masa tu lambat detect, lagi sebulan nak bersalin baru detect jadi tak sempat buat intervention apa. Mengandung kali ni awal pulak detect. 

Elok je dapat result darah tu nurse terus mesej..

"salam puan anis, isnin nanti buat BSP ya. Gula tinggi 2hrly hpp 8".

Aku tak paham amende dia tulis..

"Wkmslm..ok kak. Kena puasa ke?".

"Puasa. Pukul 8am mai klinik ambik darah finger prick. Arahan seterusnya kami bagi nanti".

"Ok, tq".

Nak buat BSP ni la leceh. BSP atau nama lain dia Blood Sugar Profile. Aku kena datang klinik kerap lagi untuk amek darah (finger prick saje)..setiap 2minggu pulak tu.

8am (puasa), 10.30am (2jam lepas breakfast), 

5.30pm(sebelum makan malam), 9.30pm(2jam lepas makan malam). 

After ofis hour tu aku buat sendiri je kat rumah or pegi mana-mana farmasi minta tolong buat kan tapi kena bayar lah sikit. Yang leceh nya aku kena control makan (yelah nama pun GDM on diet control). Aku kena makesure aku tak makan apa-apa dalam masa 2jam sebelum amek darah tu, kalau tak gula aku mesti naik. Ini lah cabaran yang betul-betul buat aku menyesal tak jaga makan. Orang kata masa mengandung ni lah nak enjoy makan, yelah sebab makan untuk dua orang kan.. NO! there is no such thing. Nak enjoy makan boleh tapi berpada-pada, lagi untuk orang yang ada sejarah keluarga kencing manis macam aku. Possibility untuk dapat GDM tu tinggi. Banyak komplikasi tau kalau dapat GDM ni. Both dekat ibu dan baby.




Ok. sambung next entri.. 

No comments:

Post a Comment

ODEN SIMPLE

 Assalamualaikum.. Entri kali ni nak share resepi oden paling simple, mudah, pantas dan sedap. haa gittew.. Simple sebab guna 6 bahan utama ...