Thursday, December 31, 2020

ODEN SIMPLE

 Assalamualaikum..

Entri kali ni nak share resepi oden paling simple, mudah, pantas dan sedap. haa gittew..

Simple sebab guna 6 bahan utama sahaja. Nak tambah sendiri bagi jadi lebih extra terpulang lah..

Bahan-bahan nya ialah..

1- perencah asam pedas x 2 peket

2- perencah tomyam x 1 peket

3- perencah sup siam x 1 peket

4- steambot choice

5- bawang putih 5 ulas

6- air la of course. tak kan kuah oden guna angin pulak kan. haha


Ini bahan yang paling utama. Kalau takde ni tak jadi oden.. dia jadi kuah sup kosong je.

perencah-perencah

Semua perencah ni penting tau. Sebab pernah try kurang 1 perencah rasa dia lain sikit. Perencah asam pedas tu susah naww nak jumpa, bila jumpa kita beli terus sampai 4 peket. haha. Sis guna 1 peket je perencah asam pedas sebab taknak pedas sangat. Lagipun sis buat portion sikit je. Kuah buat pekat-pekat. Jadi jugak tapi kalau guna dua peket lagi sedap.

bawang putih tumbuk kasar

Helokknya gambor lesung batu sis. haha. Sis lagi suka tumbuk bawang compare dengan hiris. Percaya lah..lain rasa dia. hehe. Dah tumbuk bawang putih lepastu tumis sampai naik bau lepastu tumis perencah-perencah tadi satu persatu. Jangan sampai hangit pulak. Masa tumis ni kalau ada serai nak letak pun boleh, bagi bau wangi sikit. Dah agak-agak pecah minyak tu masukkan air secukupnya ikut portion masing-masing. Lepastu tunggu mendidih dan masukkan bahan-bahan steambot. Kalau ada sayur yang keras-keras tu boleh masukkan dulu. Sis tak bubuh garam pun sebab dah cukup rasa. Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam, gula, penambah perisa ke apa lagi ikut suka lah.

Sis beli yang ni je senang. 

yang ini pulak tambahan yang wajib ada.

Suami dan anak-anak sis suka sangat cheese tofu ni. Masak megi pun nak bubuh ni. Kadang-kadang tu saja-saja goreng nak makan. Kalau habis dalam peti ais tu wajib topup. Entah la kena jampi apa tah dengan cheese tofu ni. Tapi memang sedap pun. hehe

siap!

Simple je kan?

Masa ni ade brokoli je dalam peti ais. Bubuh je la. Lagi sedap kalau ade cendawan inoki. Tapi tu la jangan dikenang benda yang tak ada. Makan je apa yang ada. 


selamat mencuba!







No comments:

Post a Comment

ODEN SIMPLE

 Assalamualaikum.. Entri kali ni nak share resepi oden paling simple, mudah, pantas dan sedap. haa gittew.. Simple sebab guna 6 bahan utama ...